Sejarah Di Balik Tragedi Tenggelamnya Kapal Titanic

Diposting oleh Unknown on Minggu, 01 September 2013

Sejarah Di Balik Tragedi Tenggelamnya Kapal Titanic - "Every Night In My Dream, I See You I Fell You..........". Ini merupakan sepenggal lirik dari original soundtrack film TITANIC, film yang didasari kejadian tenggelamnya Kapal Titanic. Lagu ini mungkin sudah tak asing ditelinga kita, namun adakah saudara tahu bagaimana sejarahnya kapal yang diklaim terbesar dimasanya itu tenggelam ? admin akan mencoba memberikan beberapa penjelasan mengenai hal ini.

Kapal Titanic merupakan kapal penumpang milik White Star Line, dibangun di galangan kapal Harland and Wolff di Belfast, Irlandia Utara, didisain untuk menyaingi kapal Lusitania dan Mauretania milik Cunard Line. Titanic, bersama kapal saudara kembarnya Olympic dibuat untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibuat.

Kapal pesiar mewah raksasa bertenaga uap sepanjang 269 meter yang dibuat Inggris ini,adalah kapal terbesar ketika itu. Kapal Titanic ini terkenal dengan konstruksi bajanya yang kokoh, karena itu diklaim sebagai kapal yang tidak bisa tenggelam. Dalam pelayaran perdananya dari Southampton, (Inggris) ke New York (Amerika).

Titanic mempunyai tiga bagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.

Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.

Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.

Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.

Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.Titanic melaporkan kedudukannya pada 41° 46′ N, 50° 14′ W. Bangkai kapal dijumpai di 41° 43′ N, 49° 56′ W.

Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.

Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.

Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.

Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.

Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.Mangsa dalam bot penyelamat.

Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.

Bangkai Titanic masih ada di dasar laut, perlahan hancur di kedalaman 12.415 kaki (3,784 m). Sejak ditemukan kembali pada tahun 1985, ribuan artefak diangkat dari dasar laut dan dipamerkan di berbagai museum di seluruh dunia. Titanic telah menjadi salah satu kapal ternama dalam sejarah. Keberadaannya terus diingat oleh sejumlah buku, film, pameran, dan tugu peringatan.

Sumber :
1. http://palingseru.com/9197/5-kisah-mistik-di-balik-tenggelamnya-kapal-titanic
2. http://www.websejarah.com/2013/07/sejarah-di-balik-tragedi-tenggelamnya-kapal-titanic.html

Artikel Terkait
Kami akan sangat berterima kasih apabila anda menyebar luaskan artikel Sejarah Di Balik Tragedi Tenggelamnya Kapal Titanic ini pada akun jejaring sosial anda, dengan URL : https://kolomsejarahdunia.blogspot.com/2013/09/sejarah-di-balik-tragedi-tenggelamnya.html

Bookmark and Share

0 komentar... Baca dulu, baru komentar

Posting Komentar